Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Catatan Community Shield 2019

2 min read
Liverpool memberikan tentangan sengit namun tidak cukup untuk memenangi Community Shield 2019

Catatan Berita Dari Anfield
Community Shield 4 Ogos 2019
Manchester City 1 Liverpool 1
Penalti 5-4

Peraturan baru VAR memberi tekanan kepada penjaga garisan




Ramai juga fan Liverpool yang sibuk memaki penjaga garisan kerana dianggap lembab, namun itu adalah bahana VAR. Berdasarkan undang-undang baru, penjaga garisan tidak digalakkan mengangkat bendera ofsaid kerana jika gol, VAR akan membatalkan jaringan tersebut. Secara kasarnya VAR akan membuatkan perlawanan kurang dihentikan walaupun ofsaid, namun peminat dan pemain pastinya kepanasan apabila perlawanan tetap diteruskan walaupun jelas berlaku offsaid. Sian-Massey kelihatan bersalah apabila terpaksa membuat mimik muka menjelaskan peraturan baru tersebut. Beliau sekali lagi dikecam apabila lambat mengangkat bendera setelah mendapati serangan Manchester City tidak membawa sebarang ancaman setelah offsaid.

Mo Salah tamak

Demikianlah dakwaan ramai peminat. Namun harus diingat, jika Klopp rasa ok, tak mengamuk tepi padang, maksudnya itu sebahagian daripada taktikal dan arahan Klopp. Dengan ketiadaan Mané, Klopp mungkin mengharapkan agar Origi akan menyambut bola muntah sekiranya penjaga gol menepis percubaan-percubaan Mo Salah. Yang menjadi isu adalah Origi sebenarnya, sebab beliau sukar bermain ke potensi penuh sekiranya Firmino ada bersama.




Matip menggugat Gomez

Selepas kemasukan Joel Matip, kelihatan persembahan Liverpool lebih baik. Matip mempunyai lentuk badan yang kurang meyakinkan, namun hantaran bola dan penetration beliau adalah lebih baik daripada Gomez. Selepas assist terhadap Origi dalam Champions League final, kini beliau menjaringkan gol pula. Jelas sekali Joe Gomez hanya menawarkan sedikit sumbangan dalam corak serangan beliau.

Liverpool bermain bagus, walaupun tidak sampai tahap cemerlang

Dengan prestasi pramusim yang kurang meyakinkan, ramai tidak terkejut Liverpool terlepas peluang menjulang Perisai Komuniti. Namun cabaran yang diberikan tetap sengit dan tewas penalti, tidak perlu rasa malu. Hanya kehebatan Kyle Walker menyelamatkan tandukan gol-bound Salah menjadi penentu.




Alisson kurang tajam

Selepas persembahan menakjubkan pada musim lalu, standard yang ditetapkan buat Alisson pastinya terlalu tinggi.
Selepas kesilapan memberi sepakan penalti kepada Lyon, persembahan kali ini sekali lagi diberi perhatian. Gol seumpama jaringan Sterling biasanya dapat diselamatkan, dan penalti Zinchenko juga. Bak kata Mo Salah – selepas mencapai standard terlalu tinggi dalam musim sebelumnya anda akan dianggap gagal walaupun sebenarnya anda sudah cukup baik.

Ujian mental buat Gini

Lenggok badan beliau tidak meyakinkan semasa mengambil sepakan penalti. Kredit buat Bravo namun percubaan Gini sememangnya agak lemah. Kini beliau perlu meningkatkan keyakinan diri beliau untuk menempuh musim yang panjang. Adakah beliau akan mengambil sepakan penalti sekali lagi selepas ini? Mungkin tidak dalam masa terdekat.

1 thought on “Catatan Community Shield 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.