Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Kali terakhir Liga Perdana Inggeris dijulang di Anfield

1 min read

Genap 25 tahun lalu, Kenny Dalglish menjulang piala Liga Perdana Inggeris di Anfield. Liverpool menewaskan Blackburn Rovers 2-1. Manchester United di tempat kedua setelah gagal menewaskan West Ham di Upton Park. Kenny Dalglish juara. Tapi Liverpool tidak juara. Blackburn Rovers yang muncul juara.

Penyokong Liverpool di persimpangan. Blackburn hanya dua mata di hadapan United. Kalau Liverpool sengaja kalah, Dalglish konfem juara. Tapi kemonlah, kita professional. Kita main untuk menang.

Alan Shearer menjaringkan gol pendahuluan. Tipikal Shearer. Gol ke-34 musim itu. Golden Boot winner.

Liverpool menyamakan kedudukan menerusi John Barnes. Jamie Redknapp jaringkan gol sepakan percuma. Tipikal Liverpool. Jaring gol minit 90.

Perlawanan belum tamat, tapi Shearer dan Sutton sudah bersorak di padang. Sah, United seri di Upton Park.

Ramai penyokong Liverpool tetap di stadium menyaksikan Blackburn Rovers dinobat juara. Mereka gembira untuk Dalglish. Mereka gembira United kalah. Ada gambar Colin Hendry julang piala depan Main Stand yang masih dipenuhi penyokong Liverpool.

1990, Dalglish juara liga bersama Liverpool. 1995, juara dengan Blackburn di Anfield.

Cukuplah 25 tahun. Lepas ni kita julang bersama Jürgen Klopp pula. Mode masih mengharap.

Kenny Dalglish julang Liga Perdana Inggeris di Anfield
Source

Oh, ya. 6 hari selepas itu, United kalah dengan Everton pula di final Piala FA. Penyokong Liverpool masa tu mungkin tak ambil peduli. Tapi sekarang sangat happy. Pertamanya, United kalah lagi. Keduanya, muncullah lagu ‘Since 1995’ buat mengejek Everton. Lagu ni best. Harap dapat nyanyi lagi puluhan tahun selepas ini.

1 thought on “Kali terakhir Liga Perdana Inggeris dijulang di Anfield

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.