Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Liverpool vs Bradford City – Tribute untuk Stephen Darby

2 min read
18

tahun telah berlalu sejak kunjungan terakhir Liverpool ke Valley Parade (stadium Bradford City). Liverpool menang dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim 2000/01. Seminggu kemudian Liverpool menewaskan Arsenal bagi menjulang FA Cup, manakala 2 minggu kemudian melengkapkan treble dengan menewaskan Alaves dalam UEFA Cup di Dortmund.

Terasa cukup lama apabila mengenang kejuaraan treble di bawah bimbingan Gerrard Houllier.

Namun pada malam ini, kemarau kunjungan Liverpool ke kota West Yorkshire ini akan berakhir, dengan satu perlawanan yang cukup bermakna.

Perlawanan persahabatan ini akan menjana dana buat Yayasan Motor Neuron Desease Darby Rimmer. Yayasan ini telah diasaskan oleh bekas pemain Liverpool, Stephen Darby. Beliau terpaksa bersara dari bola sepak musim lalu pada usia 29 tahun kerana disahkan menghidap penyakit MND ini.

Stephen Darby merupakan kapten pasukan Bradford City selepas berpindah dari Liverpool

Darby telah mewakili pasukan bawah 18 tahun Liverpool menjuarai FA Youth Cup selama 2 tahun berturut-turut pada tahun 2006 dan 2007. Walaubagaimanapun beliau tidak dapat menembusi posisi Glen Johnson dan Alvaro Arbeloa, menyebabkan beliau berpindah ke Bradford City.

Berasal dari Maghull, Liverpool, beliau hanya tampil bermain sebanyak 7 kali sahaja buat Liverpool, 4 daripadanya dalam perlawanan tidak kompetitif.

Kepimpinan beliau terserlah apabila terpilih sebagai kapten pasukan Bradford City. Mereka telah berjaya mendapat promotion ke League One selain layak ke final League Cup pada tahun 2013.

Beliau berpindah ke Bolton pada tahun 2017 namun mengumumkan persaraan setahun kemudian setelah disahkan menghidapi penyakit MND ini.

Sumber gambar

Penyakit Motor Neuron Desease adalah disebabkan oleh masalah sel saraf yang merencatkan pergerakan dan melemahkan otot. Tangan tidak lagi berupaya menggenggam, mengangkat barang, serta sukar berjalan dan bercakap.

James Milner mengetuai nyanyian sempena #StephenDarbyBaby challenge

Satu masa dahulu  ā€˜ice bucket challengeā€™ telah menjadi viral dalam usaha mempromosi kesedaran tentang penyakit MND ini, yang turut dikenali sebagai ALS di US.

Semangat juang beliau yang tinggi menyebabkan beliau melancarkan Yayasan dengan tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan penyakit ini. Beliau bernasib baik kerana bermain bola sepak secara professional, namun penyakit ini pasti memberi impak besar buat keluarga yang bergantung kepada kerjaya tulang empat kerat dan miskin.

Kempen media sosial dengan hashtag #stephendarbybaby membantu kempen ini apabila orang ramai boleh menyanyikan lagu Stephen Darby dengan tune lagu Donā€™t You Want Me Baby oleh The Human League

Baru-baru ini Stephen Darby telah ke Perancis bagi menyokong isterinya, kapten pasukan bola sepak wanita England, Seph Houghton. Seph Houghton telah menjadi pendorong utama beliau dalam melawan penyakit ini serta menjana dana bagi tujuan research, kesedaran dan juga membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

Anda juga boleh menyumbang menerusi pautan https://www.justgiving.com/crowdfunding/c2cstephendarby.

Stephen Darby dan isterinya Seph Houghton
Stephen Darby dan isterinya Seph Houghton. Sumber

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.