Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Mural Trent Alexander-Arnold di Anfield

2 min read







Trent Alexander-Arnold – anak muda tempatan yang baru berusia 20 tahun, namun telah mengharumkan nama seluruh bandaraya Liverpool.

Atas sebab itu tidak hairanlah beliau telah dipaparkan dalam sebuah mural di dinding deretan rumah teres berhampiran Anfield.

Paparan mural ini terletak di persimpangan Sybil dan Anfield Road, mengadap ke arah Main Stand.

“The Scouser in our team!”
“The Scouser in our team!”
“Trent Alexander-Arnold!”
“Trent Alexander-Arnold!”
“Trent Alexander-Arnold!”
“The Scouser in our team!”
Lagu untuk Trent dari The Kop

Laluan Anfield Road sebelah sini kurang dilalui pengunjung berbanding persimpangan Arkles, namun pastinya berubah selepas ini. Para peminat pastinya tidak akan melepaskan peluang bergambar dengan mural ini pada hari perlawanan.

Mural ini telah diusahakan oleh the Anfield Wrap, podcast terkenal bagi peminat Liverpool FC.

“Anak muda yang berasal dari West Derby (lokasi Melwood), bermain dalam final Champions League sebanyak 2 kali, seorang Juara Eropah pada usia 20 tahun”
John Gibbons
The Anfield Wrap

“Anak tempatan yang sangat berbakat namun sangat merendah diri, masih muda namun telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat sekitar. Berapa besar bebanan yang dipikulnya selaku anak tempatan? Orang lain pasti kecut perut namun beliau terus berkembang.”

“Kami harap semua orang menikmati mural ini. Tidak kira samada penduduk tempatan mahupun pengunjung luar. Terutama bagi kanak-kanak, kami harap mural ini menjadi inspirasi buat mereka. Trent sendiri pernah berkata;

I’m just a normal lad from Liverpool whose dreams came true.

Saya hanyalah seorang anak muda yang sama macam anak muda Liverpool yang lain, kejuaraan ini adalah mimpi saya yang telah menjadi kenyataan
Trent Alexander-Arnold

Mural ini telah dilukis oleh Akse, artis graffiti dari Perancis yang turut melukis mural Klopp di Baltic Triangle, Liverpool tahun lalu. Proses pembuatannya memakan masa 6 hari untuk disiapkan.

Mural Trent sedang disiapkan oleh artis graffiti Perancis, Akse
Mural Trent sedang disiapkan oleh artis graffiti Perancis, Akse

The Anfield Wrap tidak akan meletakkan logo mereka, sebaliknya mereka berharap mural ini akan mempopularkan foodbank rakyat tempatan.

Hunger doesn’t wear club colours” demikianlah motto foodbank tersebut.

Google map ke Mural Trent Alexander-Arnold di Anfield
Google map ke Mural Trent Alexander-Arnold di Anfield

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.