Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Liverpool juara Community Shield edisi ke-100

1 min read

Liverpool memenangi Community Shield ke-16 dengan menewaskan Manchester City 3-1. Ini merupakan kemenangan pertama mereka sejak 16 tahun lalu.

Perlawanan diadakan di Leicester, kerana Wembley merupakan venue final Euro Wanita esok.

Jaringan pembukaan dilakukan oleh Tren Alexander-Arnold, sebelum Julian Alvarez menjaringkan gol penyamaan selepas diteliti oleh VAR dengan agak lama.

Mohamed Salah menjaringkan penalti selepas tandukan Darwin Nunez terkena tangan Ruben Dias. Nunez seterusnya menjaringkan gol ketiga selepas umpanan oleh Andy Robertson.

Lebih memburukkan nasib Manchester City, mereka bermain agak buruk. Tambahan pula Erling Haaland mensia-siakan begitu banyak peluang di depan gol, termasuk gol yang ternganga luas dalam masa tambahan.

Liverpool juara Community Shield edisi ke-100.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.