Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Daniel Sturridge Jaringkan Gol Selepas 20 Saat

1 min read

Daniel Sturridge hanya memerlukan 20 saat sahaja untuk menjaringkan gol pertamanya musim ini. Beliau baru sahaja masuk dalam perlawanan menentang West Ham United dan terus menjaringkan gol hasil daripada sepakan sudut.

Yang lucunya, ketika itu announcer Anfield, George Sephton sedang membuat pengumuman bertanyakan ayah kepada kanak-kanak yang menyerbu ke padang dan memeluk Mohamed Salah sebelum itu.

Dia kemudiannya perlu mengumumkan pertukaran pemain (kemasukan Sturridge) dan seterusnya mengumumkan jaringan gol oleh Sturridge.

Berderet-deret pengumuman perlu dibuat!

Video ini dirakam oleh saya dari Anfield Road Stand, bertentangan dengan Kop.
Masyarakat tempatan menyebutnya sebagai ‘Annie Road.’

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.