Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Núñez kutip kad merah, Diaz jaring gol unggul

1 min read

Darwin Núñez melakukan penampilan pertama di Anfield namun telah menyuramkan suasana apabila dilayangkan kad merah selepas provokasi oleh Pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen. Mungkin beliau niat nak langgar je, tapi sebab Andersen tinggi sangat habis dah kena dagu dia. Tak boleh nak kata apa, Nunez telah masuk perangkap. Welcome to EPL.

Andy Robertson merupakan pakar dalam sh*thousery macam ni (tolak kepala Messi, ingat tak?) dan cuba bagi nasihat pada Nunez sebelum itu, tapi mungkin Nunez tak faham loghat scottish robbo. Malang sekali.

Beraksi dengan 10 pemain, Luis Diaz menyelamatkan suasana dengan jaringan gol hebat bagi menyamakan kedudukan. Bagus sebab kali ni tak kena tiang pulang macam sebelum-sebelum ni.

Keputusan kekal 1-1 sehingga masa penamat.

Rekod tanpa kalah Van Dijk kekal, namun Liverpool hanya mengutip 2 mata setakat ini. Pasukan Manchester United berazam mahu memintas Liverpool sekiranya mereka menang lawan Liverpool minggu depan di Old Trafford.

Kesilapan besar oleh Nunez dan Liverpool kerana memberi harapan buat United, namun pasukan Red Devils juga hadapi cabaran dalaman akibat perancangan mogok oleh penyokong dalam perlawanan itu nanti. Mudah-mudahan penyokong mereka istiqomah. Jangan ubah fikiran pulak! Nanti menyesal.

Núñez kutip kad merah, Diaz jaring gol unggul.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.