Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

James Pearce letak jawatan

1 min read

James Pearce, wartawan koresponden Liverpool FC bagi akhbar Liverpool Echo mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas 14 tahun bertugas. Selalunya apabila saya selesai bertugas sebagai steward, saya akan nampak beliau di Anfield sedang bertungkus-lumus menyiapkan laporan perlawanan. Tapi sebab tengah pakai jaket uniform, dia pulak nampak sibuk, rasa tak sesuai pulak nak ganggu dan ajak selfie bersama.

Kebetulan semasa menghadiri perlawanan persahabatan Liverpool menentang Wigan Athletic di DW Stadium saya terserempak dengan beliau dan ajak selfie sekali. Selain itu, kenangan manis perlawanan itu saya juga dapat melihat penampilan debut Mo Salah serta jaringan pertama beliau untuk Liverpool.

Penulis bersama James Pearce di Wigan
Penulis bersama James Pearce di Wigan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.