Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

LFC dan Ejen Mo Salah buat drama pengumuman kontrak baru di Twitter

1 min read

Ejen Mo Salah, Ramy Abbas Issa telah buat gimik seolah-olah perbincangan lanjutan kontrak Salah telah menemui jalan buntu sekali lagi.

Ramy telah tweet emoji ketawa beberapa jam sebelum pengumuman kontrak baru Salah, mengulangi drama Mac 2022. Ketika itu Ramy telah tweet emoji ketawa sejurus selepas sidang akhbar Klopp menyatakan Liverpool telah habis daya nak kekalkan Salah, seolah-olah memperkecilkan ulasan Klopp tersebut. Ini telah menimbulkan kemarahan peminat.

Akaun Twitter rasmi LFC sendiri telah turut serta dalam gimik tersebut apabila membalas tweet Ramy dengan emoji tepuk dahi.

Jami Carragher berasa sangat bengang sehingga meminta Salah menegur ejennya agar jangan tweet apa-apa yang menimbulkan keresahan peminat. Namun, setelah pengumuman dibuat oleh kelab bahawa Salah akan kekal sehingga 2025, Carragher sedar bahawa dirinya telah terkena dengan gimik pengumuman tersebut dan mengakui gimik Ramy dan LFC menjadi.

Nasib baik Salah sign betul-betul.. kalau tak admin rasa Ramy ni dah kena santau dengan peminat lepas ni..

LFC dan Ejen Mo Salah buat drama pengumuman kontrak baru di Twitter.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.