Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Sejarah masalah lutut Nabil Fekir bermula sejak beliau berumur 14 tahun

1 min read

Sejarah masalah lutut Nabil Fekir bermula sejak beliau berumur 14 tahun. Lyon telah melepaskan beliau pada usia 14 tahun kerana masalah ini walaupun pada akhirnya mengambil risiko mengikatnya semula pada usia 18 setelah menunjukkan bakat di peringkat amatur..

Beliau menghidap Osgood-Schlatter Disease (OSD) yang biasa menyerang lutut remaja yang terlalu aktif. Pertumbuhan tulang telah terganggu, satu bonjolan di bawah lutut menyebabkan bengkak, kesakitan dan cara rawatannya ialah dengan berehat. Walaubagaimanapun kos Lyon adalah rendah untuk mengambil risiko pada masa itu, tidak seperti Barcelona yang terpaksa berbelanja besar merawat masalah pertumbuhan Lionel Messi.

Melihat Nabil pada hari ini, pelaburan Lyon dianggap sangat berbaloi..Liverpool FC pula merasakan pelaburan £53 juta serta gaji kedua termahal buat Nabil adalah terlalu berisiko kerana setiap musim Nabil akan mengalami kecederaan lutut dan terlepas 59 perlawanan dalam masa tiga tahun..

Sejarah masalah lutut Nabil Fekir bermula sejak beliau berumur 14 tahun. Lyon telah melepaskan beliau pada usia 14 tahun kerana masalah ini walaupun pada akhirnya mengambil risiko mengikatnya semula pada usia 18 setelah menunjukkan bakat di peringkat amatur..Beliau menghidap Osgood-Schlatter Disease (OSD) yang biasa menyerang lutut remaja yang terlalu aktif. Pertumbuhan tulang telah terganggu, satu bonjolan di bawah lutut menyebabkan bengkak, kesakitan dan cara rawatannya ialah dengan berehat. Walaubagaimanapun kos Lyon adalah rendah untuk mengambil risiko pada masa itu, tidak seperti Barcelona yang terpaksa berbelanja besar merawat masalah pertumbuhan Lionel Messi. Melihat Nabil pada hari ini, pelaburan Lyon dianggap sangat berbaloi..Liverpool FC pula merasakan pelaburan £53 juta serta gaji kedua termahal buat Nabil adalah terlalu berisiko kerana setiap musim Nabil akan mengalami kecederaan lutut dan terlepas 59 perlawanan dalam masa tiga tahun..#lfc #liverpool #liverpoolfc #liverpoolmalaysia #beritadarianfield #anfield #anfieldmalaysia #ynwa #ynwamalaysia #fekir #nabilfekir

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.