Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Tranmere Rovers – Pasukan Ketiga di Merseyside

1 min read

Buat musim keempat berturut-turut Liverpool akan menentang pasukan jiran Merseyside, Tranmere Rovers. Stadium mereka, Prenton Park terletak di Birkenhead, Wirral di seberang Sungai Mersey.

Tranmere Rovers merupakan pasukan ketiga terbesar di Merseyside selepas Liverpool dan Everton. Walaubagaimanapun rivalry dengan pasukan Tranmere tidak sekuat Liverpool dan Everton kerana mereka tidak pernah bermain di Liga Perdana Inggeris (dan juga sebelum ini Divisyen 1).

Jika Liverpool memakai warna merah dan Everton berwarna biru, Tranmere pula memakai warna putih.

Pasukan Tranmere telah ditubuhkan lebih awal daripada Liverpool FC, iaitu pada tahun 1884.


Zaman kegemilangan Tranmere adalah apabila salah seorang legenda Liverpool, John Aldridge menyertai Tranmere pada tahun 1991. Beliau telah menjadi lagenda Tranmere, satu pencapaian unik kerana menjadi legenda dua kelab di Merseyside.

John Aldridge bermain untuk Tranmere Rovers.
John Aldridge bermain untuk Tranmere Rovers. Sumber

Tranmere mencapai kedudukan tertinggi dalam sejarah – tempat keenam dalam liga Divisyen 1 selama tiga tahun berturut-turut pada 1993, 1994, dan 1995. Mereka layak ke pusingan kalah mati bagi menentukan tempat ke Liga Perdana Inggeris, namun gagal setiap kali.

Mereka juga sering layak ke pusingan seterusnya dalam pertandingan Piala Liga dan Piala FA. Apabila John Aldridge menjadi jurulatih Tranmere, beliau telah membawa Tranmere Rovers ke Final Piala Liga pada tahun 2000. Mereka tewas terhadap Leicester City yang dibarisi Emile Heskey dan Pegguy Arphexad (mereka seterusnya bermain untuk Liverpool). Leicester ketika itu turut dibarisi oleh Tony Cottee yang berpindah ke Leicester daripada Selangor.

8 thoughts on “Tranmere Rovers – Pasukan Ketiga di Merseyside

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.