Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Peminat Tranmere Rovers Jadi Pengadil malam Tadi

2 min read

Peminat-peminat Liverpool pastinya berpuas hati dengan persembahan LFC menewaskan Tranmere Rovers 6-0 malam tadi, namun tidak bagi pengadil perlawanan, Mike Dean.

Pengadil kontroversi Liga Perdana Inggeris tersebut merupakan peminat tegar Tranmere Rovers. Beliau berasal dari Wirral, di seberang sungai Mersey berhadapan Liverpool.

Beberapa bulan lalu telah viral video beliau merayakan kemenangan Tranmere Rovers untuk layak ke playoff final League 2 (Divisyen ke-4 Liga Inggeris)

Tidak cukup dengan itu, beliau turut hadir ke Stadium Wembley bagi menyaksikan kemenangan Tranmere Rovers layak ke League 1 (Divisyen ke-3 Liga Inggeris).

Dalam perlawanan persahabatan antara Tranmere Rovers menentang Liverpool FC malam tadi, pastinya menjadi pengalaman menarik buat beliau mengadili pasukan sendiri menentang satu lagi pasukan Merseyside, Liverpool FC.

Oleh kerana berasal dari Merseyside, adalah sangat jarang Mike Dean dibenarkan mengadili perlawanan melibatkan Liverpool mahupun Everton. Dalam perlawanan akhir Piala FA 2006 (The Gerrard’s Final, ingat tak?) nama beliau telah ditukar pada saat akhir kerana bimbang beliau akan menyebelahi Liverpool.

Pengadil kontroversi dan lucu

100

Mike Dean merupakan pengadil pertama yang melayangkan 100 kad merah dalam Liga Perdana Inggeris. Mangsa ke-100 beliau adalah Ashley Young pemain Manchester United pada April 2019.

Mike Dean juga terkenal sebagai seorang pengadil kontroversi. Beliau pernah dituduh meraikan jaringan gol, frust apabila serangan tak menjadi, serta berat sebelah dan tidak adil. Walaubagaimanapun ramai juga yang menganggap beliau sebagai pengadil yang lucu.

Namun Mike Dean ada peminat tersendiri di kalangan warga Wirral, Merseyside.
Namun Mike Dean ada peminat tersendiri di kalangan warga Wirral, Merseyside. Sumber
Mike Dean merupakan peminat Tranmere Rovers
Mike Dean merupakan peminat Tranmere Rovers. Sumber

3 thoughts on “Peminat Tranmere Rovers Jadi Pengadil malam Tadi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.